KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia akan melaksanakan sistem eHantar mulai esok sebagai satu daripada usaha terkini mendigitalkan urusan dewan serta meningkatkan mutu perbahasan ahli-ahli Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata pertanyaan bagi jawab lisan dan bukan lisan, Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), serta usul Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17 boleh dihantar melalui sistem tersebut.
"Saya menyeru agar Ahli-Ahli Yang Berhormat memanfaatkan sepenuhnya sistem eHantar yang dibangunkan ini, terutamanya menjelang bermulanya Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga yang akan bermula pada 26 Feb kelak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Johari berkata dalam jangka masa terdekat, bukan sahaja Ahli Parlimen, malah orang awam juga akan dapat mengakses lebih banyak ciri laman web Parlimen Malaysia yang bakal ditambah baik.
Beliau berkata ini termasuk proses penambahbaikan sistem Penyata Rasmi (Hansard) dalam portal Parlimen yang membolehkan para pengguna membuat carian terhadap data-data daripada Hansard dengan lebih mudah.
"Dari segi fizikal, Galeri Awam Dewan Rakyat juga akan melalui proses naik taraf untuk mempertingkatkan pengalaman melawat orang awam di Parlimen bagi menyaksikan sidang mesyuarat Dewan Rakyat seperti aturan urusan mesyuarat, perbahasan dan pertanyaan, di samping memahami peranan petugas-petugas Dewan Rakyat termasuk Yang Dipertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Rakyat, Bentara Mesyuarat, Bentara Parlimen, Pelapor dan lain-lain," katanya.
Dalam masa sama, beliau turut menggalakkan Ahli Dewan Rakyat agar menggunakan kemudahan Penyelidikan Parlimen Malaysia dengan sepenuhnya untuk mendapatkan data-data serta maklumat penting bagi melonjakkan kualiti perbahasan dalam Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Johari berkata dalam jangka masa terdekat, bukan sahaja Ahli Parlimen, malah orang awam juga akan dapat mengakses lebih banyak ciri laman web Parlimen Malaysia yang bakal ditambah baik.- Gambar fail/Bernama
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
Menu chef Sarawak dan nasi lemak dapat sambutan hangat di acara gastronomi Rusia
Pertandingan masakan itu adalah sebahagian daripada KazanForum 2024 yang diadakan dari 14 Mei hingga 19 Mei.
Intip ICC: Ahli Parlimen Belanda gesa siasatan dijalankan ke atas Israel
Usaha-usaha berkenaan dilaporkan bertujuan untuk mengganggu siasatan mengenai jenayah perang yang dilakukan di Wilayah Palestin.
Bersatu padu, bekerjasama jaga keamanan dan kestabilan negara - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
AWANI Ringkas: Pembunuhan Zayn Rayyan terlalu awal untuk spekulasi - Peguam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Thailand lulus langkah baharu untuk tingkat sektor pelancongan
Thailand mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
Parlimen gunakan sistem eHantar bagi urusan Dewan mulai esok - Johari
Parlimen Malaysia akan melaksanakan sistem eHantar mulai esok sebagai satu daripada usaha terkini mendigitalkan urusan dewan Rakyat.
Parlimen Malaysia suarakan sokongan perjuangan rakyat Palestin di mesyuarat PUIC
Datuk Ramli Mohd Nor menyuarakan sokongan Parlimen Malaysia terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin di mesyuarat PUIC.
Abad ke-21 Abad Asia, Malaysia perlu lebih aktif terajui rantau ASEAN - Johari
Berikutan abad ke-21 disebut sebagai milik Asia, maka Malaysia tidak boleh duduk diam, sebaliknya harus membangun bersama rantau itu.
Johari bakal bertemu Xi Jinping, tumpu usaha tingkatkan hubungan Malaysia-China
, Tan Sri Johari Abdul bakal menumpukan usaha meningkatkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan isu kelestarian alam, sewaktu lawatan rasmi selama empat hari, bermula 24 September.
Muhamad Zamani dilantik Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu
Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu berkuat kuasa semalam.
Parlimen Malaysia buka pintu terima lawatan rakyat buat pertama kali
Buat julung kali Parlimen Malaysia 'membuka pintunya' kepada orang ramai menerusi penganjuran Hari Terbuka Parlimen selama dua hari.
Perbezaan layanan undang-undang antara wakil rakyat dan penjawat awam tidak seharusnya berlaku - Rais Yatim
Penjawat awam akan terus digantung tugas selepas disabitkan di mahkamah, tetapi Ahli Parlimen dan ADUN diberi pelepasan.
"Parliament, Unexpected" bakal rungkai persoalan masalah Parlimen Malaysia
Menurut Mohamad Ariff, buku tersebut turut akan 'merungkai' persoalan mengenai masalah yang dihadapi oleh Parlimen Malaysia.
#GarisMasa: 10 berita mencuri tumpuan ramai sepanjang Oktober 2021
Bait-bait lirik lagu Tragedi Oktober dendangan penyanyi popular era 80-an dan 90-an, Awie itu cukup sinonim dengan bulan Oktober.
Azalina mahu hantar RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021
Recall Election merupakan mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti.